HIKMAT, RAHSIA DAN KHASIAT SURAH-SURAH DAN AYAT-AYAT ALQURAN ALKARIM
(1) BISMILLAH (Dengan nama Allah)
Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidor, nescaya
terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan
jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.
Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim,
hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian
dan kehebatan kepada pembaca.
(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
Bsrangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh
dan fardhunya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas
sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh.
Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu,
nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya,
serta bercahaya rohaninya.
(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya
terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya seorang
yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidor
nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan
kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.
Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah akan
meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan
para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca
sehinggalah ke hari Qiamat.
Dan tersebut dalam hadith yang lain: Barangsiapa membacanya ketika
hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga
kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya.
Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.
Hadith yang lain mengatakan:
Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan
terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang
mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang
berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid.
Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan:
Barangsiapa membeca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya
1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan
kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab
neraka.
(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanar rasulu)
sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara
bahaya.
(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, nescaya ia
akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari
gangguan jin.
(6) SURAH AN-NISSA’ (Perempuan)
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.
(7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)
Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang
mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari
was-was semasa wudhu dan sembahyang.
Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101 dari surah ini, keatas
air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya dia
tidak akan bercakap dusta lagi.
(8) SURAH AL-AN’AM (Binatang Ternak)
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana.
Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.
(9) SURAH AL-A’RAAF (Benteng Tinggi)
Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang
fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala
dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan
terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat
Allah.
(10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan)
Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.
(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus Perhubungan)
Barang siapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafian dan akan mencapai hakikat iman.
Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.
(12) SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, keatas perempuan yang hamil,
nescaya ia malahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.Barang
siapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari
mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.
(13) SURAH AL-HUD (Hud)
Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa.
Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa,
nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang
yang liar.
Barang siapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 kali
selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.
(14) SURAH YUSUF (Yusuf)
Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.
Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari
kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membaca ayat 68 dari surah
ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.
(15) SURAH AR-RA’D (Petir)
Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari
petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya penyakit
jantungnya akan sembuh.
(16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya
anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida’ah.
(17) SURAH AL-IIIJ’R (Batu Gunung)
Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas
perampuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya
itu akan terselamat, dari gugurnya.
(19) SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu.
Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari
perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang
yang setempat dengannya.
(20) SURAH AL-KAHF (Gua)
Barang siapa membacanya, akan terhindar daru kemiskinan dan kepapaan.
Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, mescaya dia ajan mendapat rezeki yang murah.
(21) SURAH MARYAM (Maryam)
Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di dunia dan akhirat.
(22) SURAH THAAHAA (Hai Manusia)
Barang siapa membacanya, mescaya Allah akan mengurnikan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya.
Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali,
tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan
akalnya akan sempurna.
(23) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)
Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .
(24) SURAH AL-HAJ (Haji)
Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.
(25) SURAH AL-MU’MINUN (Orang-orang Mukmin)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang
selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi.
Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan
terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan
serangan musuh.
(26) SURAH AN-NUUR (Cahaya)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk.
Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini,pada hari Jumaat sebelum
sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.
(27) SURAH AL-FURQAN (Pembaca)
Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu
air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat
dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang biasa.
(28) SURAH ASY-SYU A’RA (Ahli-ahli Syair)
Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan
senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang
berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.
(29) SURAH AN-NAML (Semut)
Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.
(30) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)
Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat.
Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, nescaya
otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan
halus.
(31) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)
Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa
membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.
(32) SURAH AR-RUM (Rum)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.
(33) SURAH LUQMAN (Luqman)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut.
Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.
(34) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)
Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas
kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala
penyakit ruhani dan jasmani.
(35) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)
Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati.
Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya
Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.
(36) SURAH SABA’ (Saba’)
Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.
(37) SURAH FAATHIR (Pencipta)
Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.
(38) SURAH YAASIIN (Hai Manusia)
Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : “Tiap-tiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin.”
Hadith yang lain mengatakan : “Barang siapa membaca surah Yaasiin
kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa
syirik..”
Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda :”Hendaklah kamu
membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmuyang menghadapi
sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan
sakaratul-maut itu.”
Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda : “Aku ingin
benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku.”
Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya.
Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, lalu
berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya
akan diampunkan oleh Tuhan.
Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.
Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andailata ia mati
pada malam itu, mesti ia mati syahid dan barang diapa membacanya sekali
pada awal pagi, andaikata ia mati pada hari itu, mesti ia mati syahid.
Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap simbahyang Jumaat,
nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh
seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan
mengurniakan kepadanya keberanian dan degagahan, serta naiklah ketakutan
pada musuh-musuhnya.
Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar
didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk
di amal oleh anda sekalian.
(39) SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)
Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.
(40) SURAH SHAAD (Shaad)
Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati.
INSYAALLAH..
KHASIAT SURAH-SURAH DAN AYAT-AYAT ALQURAN ALKARIM
Jumat, 03 Januari 2014 on
Tidak ada komentar:
Posting Komentar